Lim Teong Kim.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim pernah meminta gaji yang tinggi untuk melatih kelab itu.

“Kalau untuk pembangunan, boleh tetapi berapa gaji dia? Masa dia mahu kerja dengan saya, dia minta 70,000, 80,000 euro (RM327,000-RM374,000) sebulan dan mahu membawa dua lagi pembantunya.

“Takkan saya nak bayar seperti itu. Jurulatih dan pemain saya pun tidak sampai begitu (gaji). Bagi saya, itu banyak sangat tetapi semua orang berhak meminta sesuatu.

“Cuma kita tengok CV (biodata) dan pernah atau tidak dia menjadi jurulatih pasukan kebangsaan? Kalau dia sayangkan pembangunan Malaysia, suruhlah dia buat pembangunan dengan gaji RM20,000,” katanya dalam satu temuramah bersama ASTRO Arena petang tadi.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mendedahkan bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu dibayar sehingga RM175,000 sebulan tanpa dikenakan cukai. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast