Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 naik lagi hari ini sebanyak 5,522 kes berbanding 5,439 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran Facebooknya berkata, jumlah itu menyaksikan ancaman wabak Covid-19 di negara ini berada pada angka lebih 5,000 kes untuk tempoh dua hari berturut-turut.

Katanya, jumlah kumulatif bagi kes positif sehingga jam 12 tengah hari meningkatkan kepada 2,855,930 kes.

“Sebanyak 10 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga tengah malam tadi.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 31,940 orang,” katanya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, tiga kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian itu dilaporkan turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antaranya kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

“Ini kerana proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa,” katanya.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemaskini selepas tengah malam. – MalaysiaGazette