HONG KONG – Hong Kong akan mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelancong yang tiba daripada 21 hari kepada 14 hari  bermula 5 Februari depan, kata Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam.

Langkah itu diambil susulan tekanan daripada eksekutif kewangan dan diplomat asing, yang mengatakan pelaksanaan sekatan 21 hari menjejaskan daya saing.

“Ia bukan sahaja kerana tekanan daripada sesiapa tetapi kerana sains, yangi mana Omicron mempunyai tempoh inkubasi yang agak singkat,” katanya.

Peraturan Covid-19 yang ketat telah menjadikan Hong Kong sebagai salah satu bandar paling terpencil di dunia, dengan penerbangan turun sebanyak 90 peratus.

Sebelum ini, penduduk yang pulang dari lebih 160 negara dikehendaki kuarantin selama 21 hari, di hotel yang ditetapkan dengan kos yang perlu ditanggung sendiri.

Disebabkan itu, pelancong yang akan datang perlu menghabiskan 14 hari di sebuah hotel, diikuti dengan tujuh hari pemantauan diri, dengan butiran lanjut akan diumumkan, kata beliau.

Tetapi, beliau tidak menyatakan negara mana yang akan dilindungi oleh peraturan baharu itu.

Pada hari Rabu, Dewan Perniagaan Eropah di wilayah itu berkata, kuarantin selama berminggu-minggu mencetuskan risiko penghijrahan apabila syarikat akan kakitangan ke Singapura dan Seoul.

Sementara itu, sekolah, taman permainan, gimnasium dan kebanyakan tempat ditutup, manakala puluhan ribu orang mesti melakukan ujian coronavirus setiap hari.

Hong Kong menyaksikan lonjakan harian tertinggi hari ini iaitu 164 kes sejak wabak itu bermula pada 2020.

Ia merupakan hari kelima berturut-turut kes dalam tiga digit selepas wabak menular di taman perumahan Kwai Chung.

Lam juga berkata bahawa, bandar itu perlu meningkatkan kadar vaksinasinya kepada sekitar 90 peratus daripada 70 peratus pada masa ini sebelum pihak berkuasa boleh mempertimbangkan untuk menyesuaikan dasar semasa. – CNA (https://www.channelnewsasia.com/asia/covid19-hong-kong-quarantine-arrivals-february-14-days-2463721)