LONDON – Penyerang muda, Manchester United, Mason Greenwood ditahan pihak berkuasa kerana dakwaan rogol dan menyerang seorang wanita berdasarkan dakwaan di media sosial.
Polis Greater Manchester berkata, Greenwood akan disoal siasat berikutan “imej dan video di media sosial dimuat naik oleh seorang wanita yang melaporkan insiden keganasan fizikal”.
“Kami mengesahkan seorang lelaki berusia 20an ditahan kerana dakwaan melakukan rogol dan serangan.
“Dia masih ditahan untuk soal siasat. Siasatan masih dijalankan,” katanya memetik laporan Daily Mail.
United sebelum ini dalam satu kenyataan berkata, pemain itu tidak akan kembali untuk berlatih atau menyertai perlawanan hingga diberitahu kelak.
Kelab berkenaan berkat,a mereka “tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk keganasan” dan tidak akan membuat sebarang komen hingga mendapat fakta sebenar.
Greenwood sehingga kini masih belum membuat sebarang penjelasan. – Daily Mail
https://www.dailymail.co.uk/news/article-10457499/Manchester-United-England-ace-Mason-Greenwood-20-ARRESTED-suspicion-rape-assault.html
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL