Locals look at a wreck washed away during tropical storm Ana on the flooded Shire river, an outlet of Lake Malawi at Thabwa village, in Chikwawa district, southern Malawi, January 26, 2022. REUTERS/Eldson Chagara - RC217S94C37Q

LILONGWE – Sekurang-kurangnya 32 maut akibat taufan tropika Ana yang melanda Malawi pada Selasa, kata Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) dalam satu kenyataan, hari ini.

“Sehingga hari ini, DoDMA merekodkan 32 kematian, 147 cedera dan 20 orang hilang, dengan 19 di Chikwawa dan satu di Mwanza,” katanya,

Menurutnya, sejumlah 187,930 isi rumah iaitu kira-kira 845,685 orang telah terjejas.

Chikwawa dan Nsanje merupakan daerah yang paling teruk serta menyumbang sebahagian besar kematian dan kerosakan pada rumah, harta benda, ternakan dan tanaman yang disebabkan oleh banjir dan angin kencang yang disebabkan taufan Ana.

Bekalan kuasa di negara itu juga turut terganggu, lapor Xinhua.

Presiden Malawi, Lazarus Chakwera mengisytiharkan keadaan bencana di 15 daerah dan merayu bantuan kemanusiaan daripada masyarakat antarabangsa pada Rabu lalu.

Menurut DoDMA, susulan rayuan itu beberapa organisasi termasuk Concern Worldwide, Persatuan Palang Merah Malawi, Rakan Kongsi dalam Kesihatan, Feed the Children, dan Gift of the Givers telah menyediakan bantuan untuk negara itu.

Sementara itu, DoDMA telah menghantar lebih 1,000 tan metrik jagung, tepung jagung, kekacang dan garam untuk membantu penduduk terjejas yang tinggal di kem sementara.

Operasi mencari dan menyelamat juga sedang dijalankan. – Xinhua

(http://www.xinhuanet.com/english/20220131/b9b0d74bfe124d758f53f1b4cd199eea/c.html)