Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk enam kanak-kanak serta empat wanita terbunuh dalam yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah kediaman di Atma, utara Syria.

SYRIA – Sekurang-kurangnya 13 orang termasuk enam kanak-kanak serta empat wanita terbunuh dalam yang dilancarkan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah kediaman di Atma, utara Syria.

Dalam kenyataannya, Pentagon mendakwa ia menyasarkan salah seorang pemimpin Daesh yang dikatakan berlindung di kawasan berkenaan.

Mengulas mengenainya, Presiden AS, Joe Biden menjelaskan, operasi yang dibuat pada malam Khamis lalu  berjaya membunuh salah seorang pemimpin kanan Daesh yang diburu selama ini, Abu Ibrahim al Hashimi al Qurayshi.

Sebelum itu, saksi mendakwa pasukan khas tentera AS telah mendarat menggunakan helikopter di kawasan yang dikuasai kumpulan penentang anti Bashar-Al Assad yang bersempadan dengan Turki.

Menurut mereka, berlaku pertempuran sengit selama dua jam sebelum ia berakhir.

Mengulas mengenai perkara itu, Syrian Observation for Human Rights-SOHR yang berpengkalan di London, mengesahkan daripada 13 korban, tujuh daripada mereka adalah orang awam. – https://www.trtworld.com/middle-east/biden-forces-ordered-to-minimise-civilian-casualties-in-daesh-leader-raid-54379.