Bali membuka semula penerbangan antarabangsa kepada pelancong. Foto-http://www.namnewsnetwork.org/wp-content/uploads/2022/02/imagen-1.jpg

JAKARTA – Pulau peranginan Bali menerima semula penerbangan antarabangsa semalam yang membawa pelancong asing buat kali pertama dalam tempoh dua tahun.

Kuarantin wajib masih diperlukan dan pelancong asing dikehendaki menunjukkan sijil vaksinasi Covid-19, dengan vaksin diambil sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas.

Selain itu, mereka perlu menunjukkan keputusan negatif ujian RT-PCR yang dilakukan di  negara asal mereka pada tempoh maksimum 48 jam sebelum berlepas.

Tempoh kuarantin selama lima hari diwajibkan ke atas individu yang telah menerima vaksin penuh dan tujuh hari kepada mereka yang baru menerima dos pertama.

Bali telah dibuka kepada pelancong asing dari China, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu sejak pertengahan Oktober lalu, namun tetapi tiada penerbangan terus ketika itu.

Indonesia mencatatkan kemerosotan drastik jumlah pelawat asing sehingga 1.6 juta orang pada tahun lalu akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, menurut data dari Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, sebelum virus itu melanda, secara purata Bali menerima 6.2 juta pelawat asing setahun.

“Saya berharap pembukaan semula itu dapat membantu memulihkan ekonomi rakyat di pulau itu,” kata Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan dalam kenyataan bertulis. – NNN-ANTARA

Bali Reopens Int’l Flights For Global Tourists Amid Surging COVID-19 Cases

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast