Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 dijangka meningkat dengan mendadak dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia berlaku kerana kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron.

“Setakat ini, keseriusan (tahap jangkitan) adalah lebih rendah daripada (varian) Delta. Kekal berjaga-jaga. Dapatkan dos penggalak,” katanya menerusi akaun Twitter, hari ini.

Semalam, kes positif baharu Covid-19 kembali naik mendadak apabila 7,234 kes direkodkan berbanding 5,720 kes kelmarin.

Sementara itu, pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberitahu, walaupun bilangan kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat dalam tempoh beberapa hari berikutan kadar jangkitan varian Omicron yang tinggi namun kesannya kurang teruk bagi mereka yang telah lengkap menerima vaksin dan telah mengambil dos penggalak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast