Aliran trafik lancar menghala ke Ibu Kota lancar. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ibu negara berjalan lancar setakat pukul 12 tengahari tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati perjalanan trafik di kawasan itu masih terkawal dan tidak ada kesesakan berlaku dari arah Bentong dan jumlah kenderaan juga tidak banyak.

Bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook hari ini berkata, aliran trafik setakat pukul 12.08 tengah hari mulai perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk orang ramai kembali ke ibu negara selepas seminggu bercuti sempena  Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Sementara itu, aliran trafik dari arah selatan turut dilaporkan mulai perlahan bermula dari Tapah ke RnR Tapah dan Sungkai ke Slim River. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast