CAMEROON – Senegal akhirnya menebus kekecewaan pada final edisi 2019 dengan memenangi pertarungan final Piala Negara-Negara Afrika menentang Mesir, awal pagi tadi.
Berlangsung di Stadium Olembe dekat Yaounde, Cameroon, Senegal turut melengkapkan sejarah panjang bola sepak negara itu dengan kejuaraan Afrika yang pertama.
Perlawanan akgir yang menarik dan berdebar itu terpaksa berlanjutan ke waktu tambahan 120 minit selepas kedua-dua pasuka terikat tanpa jaringan.
Mesir sekali lagi terpaksa bertarung dalam penalti apabila muncul antara pasukan yang paling banyak beraksi masa tambahan dan juga penalti pada edisi kali ini.
Senegal boleh menjulang awal piala selepas mendapat penalti pada minit keempat selepas Saliou Ciss dikasari oleh Mohamed Abdelmonem.
Namun penjaga gol Mesir, Abou Gabal sekali lagi membuktikan bahawa dia seorang penyelamat penalti terbaik apabila menepis percubaan deras Sadio Mane.
Bintang Liverpool, Sadio Mane memastikan Piala Afrika milik Senegal apabila menyempurkan sepakan penalti dengan kedudukan 4-2. – CNN (https://edition.cnn.com/2022/02/06/football/senegal-africa-cup-of-nations-egypt/index.html)