Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias megunjungi gerai jualan semasa mengadakan walkabout ke Karnival Program Agrobazar sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Presint 2, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.

PUTRAJAYA – Operasi Bazar Ramadan di seluruh Wilayah Persekutuan dibenarkan menjelang bulan Ramadan namun dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya juga akan memberikan lesen pengoperasian kepada semua peniaga yang memohon.

“Kita akan membuka bazar Ramadan seluas-luasnya kepada mereke yang ingin berniaga sahaja untuk mengelak daripada dimanipulasi individu yang tidak bertanggungjawab menjual lesen.

“Kalau kita sudah bagi lesen, mereka perlu meniaga menggunakan lesen tersebut. Kita memang tidak membenarkan orang lain berniaga atas lesen yang telah diberikan.

“Siapa yang berbuat demikian, pihak kita tidak akan bagi lagi individu itu meniaga di tempat lain. Sepatutnya pemikiran seperti itu tidak ada lagi di masa ini,” katanya pada pemberita selepas meninjau program Agrobazaar dan Karnival Food Truck Putrajaya di sini hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama timbalannya, Datuk Seri Jalaluddin Alias (tiga kanan) serta yang lain bergambar selepas mengadakan walkabout ke Karnival Program Agrobazar sempena Hari Wilayah Persekutuan 2022 di Presint 2, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.

Tambah Shahidan,  peluang perniagaan di bazar Ramadan  sepatutnya diberikan kepada peniaga yang amat memerlukannya.

“Kita mahukan orang yang betu-betul berniaga dan keadaan sekarang pasca Covid- 19, kita akan menggunaka peluang ini untuk menggerakkan aktiviti ekonomi,” ujarnya.

Mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 hari ini, Shahidan berkata, pihaknya akan menhikuti perkembangan semasa berhubung situasi jangkitan Covid -19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast