Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) melantik Al-Fadhil Al-Syeikh Dr. Abdel Karim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawin sebagai Felo Hadis universiti tersebut bermula Januari lalu.

KUANTAN – Universiti Islam Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) melantik Al-Fadhil Al-Syeikh Dr. Abdel Karim Elsayed Elbadawi Ahmed Soliman Al-Nadawin sebagai Felo Hadis di universiti tersebut bermula Januari lalu.

Naib Canselor UnIPSAS, Prof Madya Datuk Dr, Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, perlantikan itu sungguh bermakna kerana  Abdel Karim sangat berpengalaman dan pakar  pelbagai bidang.

Dr Abdel Karem merupakan murid kepada Syaikh Abu Al-Hassan Al-Nadawi yang memperoleh Ijazah dan Sanad dalam pelbagai bidang ilmu daripada Ulama Besar India, Al-Azhar, Maghribi,  Syam, Hijaz, Indonesia, Bangladesh dan lain-lain negara.

Manakala kepakarannya ialah dalam bidang perubatan, Bahasa Arab, Hadis, Tasawwuf dan Usuluddin.

Mohd Zawavi berkata demikian majlis penyampaian watikah pelantikan sebagai Felo Hadis UnIPSAS sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 di Auditorium UnIPSAS hari ini.

Majlis berkenaan diadakan sebagai pengiktirafan bagi menghargai sumbangan Anggota Kerja UnIPSAS (AKU) yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2020.

Majlis yang sama telah ditangguhkan penganjurannya sehingga ke hari ini disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 dan 2021 yang lalu.

Sebanyak tujuh  kategori anugerah kecemerlangan disampaikan  dan 17 penerima anugerah perkhidmatan cemerlang menerima sijil penghargaan dalam majlis tersebut. – MalaysiaGazette