M. Saravanan

KUALA LUMPUR – Memorandum Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang dimeterai bermatlamat melindungi serta menjaga kebajikan dan kesejahteraan pekerja warga Indonesia di negara ini.

Ia terutamanya membabitkan aspek-aspek seperti isu gaji, cuti dan kebajikan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Jelasnya, memorandum PDI ini telah dibincangkan dengan secara mendalam dalam beberapa siri Mesyuarat Jemaah Menteri termasuklah baru-baru ini pada 9 Februari lalu.

Susulan itu, Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan agar memorandum ini segera dimeterai antara Malaysia dan Indonesia.

Saravanan turut menasihati pekerja asing termasuk PDI tentang pentingnya untuk mempunyai dokumen perjalanan serta permit kerja yang sah agar hak-hak mereka sebagai pekerja terjamin. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast