KUALA LUMPUR – Pelakon teater terkenal, Jit Murad, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Beberapa rakannya mengucapkan salam takziah dan meratapi pemergian Allahyarham di media sosial.

Allahyarham pernah bekerjasama dengan beberapa nama besar dari industri kreatif Malaysia termasuk Datuk Krishen Jit, Datuk Zahim Albakri dan Jo Kukathas.

Jit Murad atau nama sebenarnya Aziz Mirzan pernah membintangi filem, “Selubung”, “Mimpi Moon”, “Talentime” dan 1957: Hati Malaya.

Allahyarham merupakan anak kepada pasangan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Murad Mohamed Noor dan tokoh pendidik Puan Sri Sherina Aris. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast