KUALA LUMPUR – Syarikat pakaian muslimah iaitu Bella Ammara menyasarkan jualan RM8 juta set telekung bagi koleksi Ramadan dan Raya akan datang.
Pengasasnya, Sharifah Nabilla Al-yahya berkata, ia melibatkan penjualan 26,000 set telekung yang didatangkan dengan pakej istimewa percuma pada harga yang berpatutan.
Menurut beliau, pelantikan dua artis terkenal iaitu pelakon popular, Fasha Sandha dan penyanyi terkenal, Zizi Kirana mampu mencapai sasaran itu.
“Pelantikan dua selebriti itu sebagai duta untuk koleksi raya bertujuan bagi membantu wanita menjana pendapatan bagi Koleksi BellaRaya 2022 pada musim perayaan nanti.
“Setiap koleksi telekung berharga bermula dari RM259 sehingga RM349 untuk setiap set telekung yang dilengkapi dengan telekung kapas premium, sejadah, tote bag, bag kanvas dan kotak eksklusif,” katanya.
Beliau berkata pada sidang pengumum duta telekung Bella Ammara yang turut dihadiri Fasha di sini hari ini.
Tahun lalu, lebih dari 100,000 set telekung yang telah dijual hasil kualiti produk dan servis khidmat pelanggan dari Bella Ammara.
Sharifah Nabilla menambah, set telekung itu sesuai untuk diberi hadiah kepada yang tersayang dan juga sebagai ibadah harian untuk diri sendiri.
Jelas beliau, pemberian percuma sejadah juga merupakan usaha pihaknya mengawal penularan virus Covid-19 di mana pelanggan boleh membawa sejadah sendiri ke mana-mana sahaja untuk bersolat.
“Kami perlantikan Fasha dan Zizi dapat membantu lagi ramai wanita-wanita di luar sana untuk menjana pendapatan bersama Bella Ammara,” katanya.
Ketika ini, Bella Ammara mempunyai ;ima butik fizikal di Shah Alam, Kuala Lumpur, Bangi, Sungai Petani dan Johor Bahru dan agen jualan di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. – MalaysiaGazette