KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lagi kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini, kata Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, ia menjadikan jumlah kluster aktif kini sebanyak 421 di negara ini.
“Pada masa sama, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi adalah 187 kes di mana 98 kes disahkan Covid-19 dan 89 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.
“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 109 kes di mana 47 kes disahkan Covid-19 dan 62 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.
Dalam perkembangan lain, Dr. Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 5,724 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah yang pulih sepenuhnya adalah 2,852,437 orang. – MalaysiaGazette