Kamila Valieva diuji positif doping di temasya Olimpik Musim Sejuk di Beijing-Foto Reuters

BEIJING – Mahkamah Tertinggi Sukan hari ini membenarkan peluncur Rusia yang berusia 15 tahun, Kamila Valieva bersaing dalam acara Olimpik tetapi dakwaan doping remaja berkenaan masih belum diselesaikan.

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)  dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengekalkan keputusan Agensi Anti Doping Rusia (Rusada) untuk mengangkat larangan ke atas Vosieva.

Menurut laporan akhbar Reuters, Valieva akan meluncur dalam acara perseorangan wanita pada hari Selasa.

CAS mengatakan Valieva adalah ‘orang yang dilindungi’ di bawah peraturan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) sebagai salah satu ‘keadaan luar biasa’ yang menyokong keputusannya.

Mencegah Valieva daripada bersaing di Sukan Olimpik akan menyebabkan kemudaratan, kata CAS dalam keputusan itu.

Ketua Pegawai Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC), Sarah Hirshland dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas keputusan itu berkata, atlet peluncur termuda yang menghadapi tuduhan doping semasa Olimpik akan menyebabkan kemarahan global pada peranan orang dewasa di sekelilingnya.

Terdahulu, jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Mark Adams pula memaklumkan pemberian pingat untuk acara pasukan tidak dapat diteruskan sehingga kes doping ditangani.

Terdahulu, Valieva diuji positif untuk ubat jantung yang diharamkan iaitu trimetazidine pada 25 Disember di Kejohanan Kebangsaan Rusia tetapi hasilnya tidak diberikan sehingga 8 Februari ini selepas dia bersaing dalam acara pasukan di Sukan Musim Sejuk.-Reuters

(https://www.reuters.com/lifestyle/sports/cas-decision-will-determine-whether-valieva-can-compete-womens-singles-ioc-2022-02-14/)