Tim Leissner. foto Getty Images

NEW YORK – Peguam Roger Ng mendakwa bekas pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner suka mempergunakan orang lain ketika beliau membuka perbicaraan skandal 1MDB hari ini.

“‘Beliau seorang ‘yang berkahwin dua wanita berlainan pada satu masa, dua kali’ dan dia mempunyai hubungan “haram” dengan seorang eksekutif dana Malaysia, Roger Ng yang dituduh membantu merompak,” kata Marc Agnifilo.

Ng didakwa bersubahat melanggar undang-undang anti-pengubahan wang haram Amerika Syarikat (AS) milik syarikat Malaysia – 1Malaysia Development Berhad ((1MDB).

Tertuduh adalah satu-satunya bekas pekerja Goldman Sachs yang dibicarakan di AS.

Agnifilo memberitahu juri di Brooklyn, New York, bahawa Leissner “menggunakan wanita, dia menggunakan keintiman palsu, dan kini dia cuba menggunakan anak guam saya untuk mendorongnya ke penjara”.

Peguam itu mendakwa, Leissner juga mempunyai hubungan sulit dengan Jasmine Loo, peguam 1MDB ketika itu dan kedua-duanya mempunyai “kepercayaan gelap kerana hubungan percintaan yang terlarang dan intim.

Agnifilo turut memberi amaran kepada juri untuk menyoal kredibiliti Leissner semasa dia berulang kali memalsukan dokumen, termasuk surat cerai apabila dia didakwa berkahwin dua.

Dan, dakwanya, Biro Siasatan Persekutuan (FBI) juga mendapati Leissner telah membuat rakaman rahsia dengan pihak lain berhubung skandal itu tetapi tidak pernah dapat memperdayakan Ng dalam jenayahnya

“Tiada rakaman Roger. Tiada satu pun,” kata Agnifilo kepada panel juri.

Terdahulu, dalam membuka kenyataan, Pendakwa Raya Persekutuan, Brent Wible memberitahu juri bahawa Ng telah mengaut AS$35 juta dalam scam tersebut.

Wible berkata, Ng secara rahsia bersetuju dengan Leissner dan ahli perniagaan Malaysia, Jho Low untuk mengaut ratusan juta dolar yang dikumpul untuk tiga transaksi bon yang dikaitkan dengan 1MDB yang diterbitkan untuk projek di Malaysia.

“Ini adalah satu skim untuk mencuri AS$1 bilion. Defendan Roger Ng melihat peluang untuk menjadi kaya dengan menipu. Ketiga-tiga mereka membayar rasuah kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk “melakukan perkara yang tidak sepatutnya,” kata Wible dalam pembukaan perbicaraan kes itu.

Namun, Agnifilo memberi gambaran yang sangat berbeza kepada juri.

Dia memalukan Leissner dengan mendakwa lelaki itu telah “bermula dalam kehidupan sebagai tidak bermoral”.

Kerjasama mereka mendorong bekas pengarah bank itu menjalani kehidupan mewah seperti Low dan mencari wang untuk membeli pesawat persendirian, kapal layar dan rumah di Beverly Hills, kata Agnifilo.

Dakwanya, Leissner membeli rumah “untuk semua wanita dalam hidupnya” dan menjadi “versi mini Low”.

Jurubank itu kemudiannya berkahwin dengan bekas model dan eksekutif pakaian Kimora Lee Simmons, tambah peguam itu sambil menyatakan Leissner telah gagal bertanggungjawab atas jenayahnya.

“Dia menyalahkan semuanya pada Kimora. Perhatikan berapa ramai orang yang dia salahkan. Tetapi kesalahan terletak pada Leissner dan Leissner sahaja,” kata Agnifilo berulang-ulang.

Andy Tai, Pengarah Urusan Goldman Sachs yang terlibat dalam transaksi 1MDB bersama Leissner dan Ng, adalah saksi pertama Kerajaan Amerika Syarikat.

Tai berkata, pegawai pematuhan Goldman Sachs berulang kali bertanya sama ada Low atau Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terlibat dalam urus niaga itu.

Beliau berkata, Leissner memberi jaminan kepada mereka bahawa kedua-dua lelaki tidak memainkan peranan dalam urus niaga itu.

Datuk Seri Najib Razak telah disabitkan di mahkamah Malaysia kerana peranannya dalam skandal 1MDB.

Jho Low yang kini menjadi individu buruan telah didakwa bersama Ng oleh AS.

Sementara itu, pihak berkuasa Malaysia telah mendakwa pelanggaran undang-undang sekuriti terhadap Leissner, Ng, dan Jho Low namun Jho Low tidak dituduh melakukan salah laku itu di AS.

Tai meneruskan keterangannya pada hari Selasa. Perbicaraan dijangka berlangsung selama enam minggu. – Bloomberg (https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-02-14/ex-goldman-banker-double-bigamist-lawyer-says-of-star-witness)