Orang awam memilih rim kereta yang dijual di kedai barangan terpakai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, Semenyih, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 FEBRUARI 2022.

SEMENYIH – Bermula dengan membeli dan menjual besi buruk kira-kira 20 tahun lalu, kini ia menjadi pusat menjual dan membeli barangan terpakai.

Kini Scrap Metal Secondhand Shop di No. 4A, Jalan Sungai Lalang, Batu 21 di sini mempunyai kawasan seluas dua ekar bagi menjual pelbagai barangan terpakai.

Orang awam memilih rim kereta yang dijual di kedai barangan terpakai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, Semenyih, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 FEBRUARI 2022.

Pengunjung boleh mendapatkan rim basikal, motor, kereta, ekzos, tayar, kelengkapan rumah seperti mesin basuh, kipas hatta sinki dapur pun ada.

Pemilik premis berkenaan, G. Subramaniam, 55, yang lebih dikenali sebagai Batchamani memberitahu, barangan elektrik terpakai yang terhimpun di premis itu dibaikinya sendiri untuk dijual semula kepada pelanggan.

“Mula-mula saya buka kedai besi buruk tapi lama-lama saya tengok ada (barang) yang masih boleh guna, sekarang sudah kumpul banyak macam ini.

“Kalau barang itu sudah rosak, kita jual spare part sahajalah. Ada yang kita jual timbang sebanyak RM1.20 sekilo,” katanya kepada MalaysiaGazette sambil menunjukkan kawasan sekeliling premisnya.

Subramaniam Gopal melihat keadaan barangan di kedainya untuk dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, Semenyih, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 FEBRUARI 2022.

Beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang, Batchamani menguruskan sendiri pusat barangan terpakai itu sendiri bersama isteri dan lima pekerjanya.

Di bahagian belakang premis, ditempatkan puluhan buah basikal kanak-kanak, motosikal lama, barangan alat ganti kereta dan tong simpan air untuk dijual.

Namun katanya, hampir mustahil untuk mengingati lokasi kesemua barangan yang ada di premis itu, justeru pelanggan perlu mencari sendiri apa mereka hajati.

Selain menguruskan pusat barangan terpakai itu, beliau turut berkongsi pengalaman membantu mangsa banjir di Hulu Langat pada Disember tahun lepas.

Orang awam memilih alatan motosikal yang dijual di kedai barangan terpakai ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, Semenyih, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 FEBRUARI 2022.

“Saya sponsor 200 buah kipas dan ada barangan lain juga kepada PPS (Pusat Pemindahan Sementara) baru-baru ini. Harga keseluruhan RM16,000,” ulasnya yang gembira dapat membantu meringankan beban penduduk yang terkesan banjir itu.

Pekerja menggantungkan rim motosikal di atas tali untuk dijual ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Scrap Metal Trading & Secondhand Shop, Semenyih, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 15 FEBRUARI 2022.

Bagi yang ingin mengunjungi gudang barangan terpakai ini, jika anda masuk ke pekan Semenyih dari Kajang, ambil simpang ke kiri ke Jalan Sungai Lalang menghala ke Nirvana Memorial Park atau Sungai Tekala.

Lokasinya sebelah kanan dan ia terletak di belakang Depoh Unit Peronda Polis (Ibupejabat Polis Kontijen) IPK Kajang.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast