MGNews: Dulu Pemungut Kini Penjual Barang Terpakai…

Bermula dengan membeli dan menjual besi buruk kira-kira 20 tahun lalu, kini ‘Scrap Metal Secondhand Shop’menjadi pusat menjual dan membeli barangan terpakai.

Di kawasan berkeluasan lebih dua ekar, di No. 4A, Jalan Sungai Lalang, Batu 21, Semenyih, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis barangan mengikut bajet masing-masing.

Pemiliknya, Subramaniam a/l Gopal, atau lebih dikenali sebagai Batchamani memberitahu, barangan elektrik terpakai yang dijual terlebih dahulu dibaikinya.