Anwar Ibrahim

SHAH ALAM – Golongan muda khususnya pengundi Undi 18 diingatkan tidak mudah terpukau dengan mana-mana pihak yang gemar menggunakan slogan untuk meraih sokongan untuk memerintah negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya golongan muda perlu memperkukuhkan kefahaman mereka kepada jati diri dan meningkatkan semangat patriotisme agar tidak hilang di dalam diri mereka.

“Cabaran golongan muda untuk meningkatkan kefahaman bukan sahaja terpukau dengan slogan bahawa dia mesti memimpin negara ini.

“Dia mesti mengakar kepada bumi dia sendiri, budaya dia sendiri, dia tidak boleh tercabut akar dia.

“Di samping itu dia harus terima kenyataan kepelbagaian yang ada, kemanusiaan dan suku kaum yang ada di dalam negara kita,” katanya kepada pemberita di Universal Selangor (Unisel)  hari ini.

Pelaksanaan Undi18 buat kali pertama dalam PRN Johor pada 12 Mac ini menjadikan pilihan raya kali ini berbeza berbanding Pilihan Raya Kecil (PRK) dan beberapa PRN sebelum ini.

Kemunculan pertama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam PRN Johor dijangka menjadi penentu kepada sokongan pengundi 18 tahun yang didakwa mudah tertarik dengan parti yang berasaskan golongan muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. JANGAN TERPUKAU DENGAN SLOGAN MUNAFIK NI LAWAN TETAP LAWAN…DAN DENGAR SINI INI ANWAR ADA CUKUP NOMBOR2 EKOR YANG MENYAKINKAN

    TETAPI TANPA KEMALUAN TERIMA JAWATAN TARAF MENTERI

Comments are closed.