ROMPIN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan Op Cantas sepanjang berlangsungnya proses Pilhan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, kelaziman itu diteruksan seperti dilaksanakan semasa PRN Melaka dan Sarawak sebelum ini.
Menurutnya, setiap kontinjen negeri diberi penugasan khas yang akan dianggotai dua pasukan melibatkan satu pegawai dan tiga anggota dalam sebuah kenderaan dan akan ditempatkan di daerah serta saluran terlibat di Johor.
“Ia penting bagi sudut keselamatan dan JSJ merangka penugasan khas seperti di Melaka dan Sarawak serta kaedah ini digunakan jika ada sebarang PRU akan datang.
“Op Cantas melibatkan empat fasa, semasa penamaan, sebelum semasa selepas mengundi diselarikan ternyata amat berkesan,” katanya selepas tamatnya Bengkel Pemurnian Siasatan Kes Kecurian Elektrik Bitcoin di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.
Menurut Abdul Jalil, penugasan bermula 23 Februari ini sehingga PRN Johor selesai dan melibatkan semua proses pilihan raya sehingga 12 Mac nanti.
Dalam pada itu, pihaknya turut berterima kasih kepada Ketua Polis Pahang dan semua ketua polis negeri yang meluluskan keanggotan kepada JSJ Bukit Aman untuk bertugas di Johor.
Tambahnya, Op Cantas bertujuan membanteras aktiviti yang tidak diingin semasa musim pilihan raya daripada berlakunya kejadian buruk.
“Op Cantas penting menentukan keharmonian dan ketenteraam mengikut kaedah pilihan raya dan diselarikan dengan prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – MalaysiaGazette