Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah membawa timbunan fail pertuduhan terhadapnya.

Muhyiddin berkata, pada ketika itu, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali boleh menjadi saksi beliau sekiranya ada pihak yang cuba menafikan dakwaan tersebut.

“Apa yang saya sebutkan memang benar berlaku sebab Zahid ada tunjuk satu fail yang bertimbun dan dia minta bantu selesaikan masalah.

“Saksinya ada di sini Azmin Ali dan Abdul Hadi ada datang ke rumah saya, Zahid ada waktu zaman kita baik dahulu bawa fail. Kalau orang tanya apa saksi, itu ada saksi bahawa itu adalah kenyataan yang betul,” katanya mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini.

Semalam, Muhyiddin berkata, Ahmad Zahid pernah bertemunya untuk meminta campur tangan dalam kes mahkamah yang dihadapi Presiden UMNO itu ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Katanya, Ahmad Zahid melawatnya selepas dia dilantik sebagai perdana menteri dengan membawa ‘fail bertimbun’.

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” kata Presiden Bersatu itu semasa berucap p[ada ceramah di Tangkak, Johor pada malam Rabu.

Justeru itu, Muhyiddin berkata, beliau menolak untuk campur tangan dalam kes yang didakwa terhadap Ahmad Zahid kerana mahu mempertahankan kebebasan undang-undang.

“Tetapi kerana dia salah, saya tidak akan tunduk kepada hal-hal sebegitu,” jelas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Muhyiddin sebelum itu berkata, berpunca dari perasaan marah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kerajaan Muafakat Nasional (MN) dipimpinnya goyah hingga tersungkur menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Haaaaa…kalau betul mcm tu kenapa kau tak report polis??? Ko ni sekali berbohong sampai mampus pun ko akan berbohong kan…yg ko kata jd saksi tu pun geng2 kau juga…tak kan lah si Hadi dan Azmin nak kata ko bohong?? aiyooo…biar muka nampak bodoh..tapi otak tu biar cerdij sikit laa

Comments are closed.