Alawiyah Talib
MERSING – “Berita begini adalah fitnah yang memang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk menaikkan kebencian rakyat terhadap saya.
“Dah tak ada modal lain untuk burukkan imej saya.”
Itu penjelasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alawiyah Talib, dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tentang desas desus yang mengaitkan beliau akan menyertai UMNO.
Menurut Alawiyah, apabila tersebarnya berita itu, beliau dihujani pertanyaan adakah sama ada penyertaannya dalam UMNO adalah untuk bertanding PRN Johor.
“Saya sudah maklumkan berkali-kali bahawa saya tidak akan kembali bersama UMNO dan akan tetap setia bersama Parti Bersatu Pribumi Malaysia kerana itu adalah pilihan saya,” ujarnya ketika dihubungi MalaysiaGazette.
Alawiyah menang kerusi DUn Endau pada Pilihanraya Umum (PRU) 14 atas tiket UMNO tetapi mengambil keputusan untuk menyertai Bersatu ekoran kecelaruan politik ketika itu.
Katanya, paparan gambar yang disiarkan jelas membuktikan beliau disabotaj oleh pihak tertentu dan ia ditularkan hanya untuk mengelirukan rakyat.
“Rakyat yang menyokong saya pasti tidak akan senang seandainya.ada yang mempercayai gambar tersebut dan menganggap saya tiada pendirian dalam politik,”.
Tambah Alawiyah, dia akan cuba bertemu rakyat seperti biasa walaupun terikat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Sebagai penyandang, sudah tentu saya mengharapkan kemenangan kerana masih banyak lagi kerja yang belum sempat saya laksanakan ekoran pembubaran DUN.
“Namun keputusan memilih masih di tangan pengundi dan saya harap, pengundi tidak termakan dengan fitnah  tersebar yang hanya untuk menjejaskan reputasi saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.