Thiban Subramaniam

KUALA LUMPUR – Rata-rata pimpinan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita melahirkan rasa kecewa terhadap tindak tanduk dan kenyataan ‘angkuh’ Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terbaru, Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam tampil meluahkan rasa tidak puas hati dan menganggap Syed Saddiq seolah-oleh lupa kesemua mereka adalah di bawah satu blok pembangkang menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN Johor).

Tulis Thiban, walaupun PKR telah memberikan tiga kerusi milik mereka namun Muda kerana bagi mereka itu bukanlah kerusi mudah menang buat mereka.

Sebaliknya kata Thiban, Muda menuntut pula kerusi mudah menang milik PKR walaupun terlalu banyak usaha keras dan kerja dilakukan untuk sekian lama oleh ahli partinya.

“Saat PKR hulur tangan, Syed Saddiq terus berkelakuan seperti perumpamaan ‘baling batu sembunyi tangan’. Pernah di DUN Larkin, DUN Tiram dan beberapa kawasan lain, Muda pernah hantar wakil buat kacau tetapi kita tetap lapangkan dada move on atas dasar kesepakataan.

“Mereka dapat DUN Puteri Wangsa pun kita kompromi.

“Malah kita tawarkan jentera untuk bantu Muda namun kenyataan demi kenyataan Syed Saddiq ini tampak berlainan, semangat setiakawan. Apa yang saya tidak faham, jika benar semangat lawan BN dan PN, Muda tidak seharusnya berkira isu soal kerusi.

“Mungkin sudah tiba masa untuk Keadilan dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar hentikan rundingan parti talam dua muka seperti ini,” katanya dalam hantaran Facebook beliau.

Thiban juga bertanya tentang Parti Warisan Sabah (Warisan) yang akan bertanding pada PRN Johor secara solo yang juga kelihatan akan menjadikan Muda sebagai parti komponennya.

“Ingat ya, kita (PKR) tidak sesekali akan gentar berlawan di kerusi gred A, B, C atau D. Dewa mahu pun bandar kita akan tetap bangkit sebagai kuasa rakyat,” ujarnya.

Sebelum ini, Syed Saddiq dalam kenyataannya mendakwa, rundingan kerjasama politik antara Muda dan PKR  gagal mencapai kata sepakat disebabkan PKR telah mengumumkan calon di kesemua 20 kerusi DUN yang diserahkan kepada parti itu oleh Pakatan Harapan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast