Foto: Polis Serdang

SERDANG – Seorang pemilik kedai peralatan rumah dan pejabat ditemui mati dengan lehernya dikelar di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, wanita berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam premis perniagaan miliknya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengatakan telah menyaksikan pergaduhan di premis berkenaan.

“Siasatan awal polis selepas bergegas di lokasi kejadian berkenaan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan kelar di leher.

“Mangsa dipercayai pemilik kedai berkenaan yang mana berlakunya kejadian pergaduhan itu dengan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis menggunakan anjing pengesan K9 bagi mendapatkan bukti di lokasi kejadian pembunuhan seorang wanita di Serdang Perdana, Seri Kembangan. Gambar Polis IPD Serdang

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Polis kini sedang memperhebatkan usaha untuk mengenal pasti dan menjejaki suspek yang melakukan pembunuhan ini.

“Justeru siasatan diteruskan untuk mengenalpasti motif sebenar pembunuhan tersebut, katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast