KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah disahkan positif Covid-19.
Beliau yang sudah menerima dos penggalak menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan Kementerian Kesihatan (KKM).
Pejabat Menteri Kanan Pertahanan berkata, Hishammuddin menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri melalui kaedah RTK Antigen.
Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif pada 18 Februari lalu.
”Hishammuddin akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette