Minuman keras bernilai lebih setengah juta ringgit yang berjaya dirampas Polis Marin Pelabuhan Klang dengan tertangkapnya tiga suspek termasuk seorang warga India membantu siasatan. Gambar Ihsan Polis Marin Klang.

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang dekat sini merampas pelbagai jenis minuman keras yang cuba diseludup sindiket di kawasan Parkir Berpagar, Taman Klang Jaya, Klang hari ini.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, rampasan itu dibuat dalam satu operasi pihaknya hari ini.

“Pada pukul 12 tengahari tadi bertindak maklumat risikan semasa menjalankan tugas Ops Kontraband sepasukan PPM telah dikerahkan di kawasan parkir.

Aanggota polis marin bersama sebuah lori yang terlibat dalam memunggah minuman keras tak bercukai di pelabuhan klang yang ditumpaskan tengahari tadi. Gambar Ihsan Polis Marin Klang.

“Hasilnya, mendapati tiga orang lelaki yang berada di belakang lori sedang memunggah barang minuman keras tidak bercukai itu ke lori yang lain.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dua lori itu juga ke atas dua lori tersebut mendapati sedang memunggah minuman keras yang tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shamsol, selain itu, pemeriksaan di kawasan tersebut mendapati sebuah kereta jenis Toyota Estima di lokasi disyaki sedang menjalani aktiviti memunggah pelbagai minuman keras yang tidak bercukai.

Aanggota polis marin bersama sebuah kereta Estima yang terlibat dalam memunggah minuman keras tak bercukai di pelabuhan klang ditumpaskan tengahari tadi. Gambar Ihsan Polis Marin Klang.

Kesemua suspek itu ditahan dan berumur antara 23 sehingga 32 tahun yang mana dua daripadanya warga tempatan manakala suspek ketiga adalah warganegara India.

Jumlah rampasan minuman keras dan kenderaan yang digunakan untuk menyeludup keseluruhannya bernilai RM653,534,98.

“Kesemua tangkapan terbabit serta barang rampasan telah dibawa balik ke pengkalan PPM Pelabuhan Klang untuk tindakan selanjutnya.

“Ketiga-tiga suspek berkenaan akan dikenakan hukuman dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1859/63.

“Kesemua tangkapan serta rampasan diserahkan kepada pengawai penyiasat IPD Klang Selatan untuk tindakan siasatan selanjutnya,” tegas beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast