Norshida Ibrahim

JOHOR BAHRU – Pergerakan Wanita UMNO mendesak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) melantik lebih banyak calon dalam kalangan golongan hawa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata, enam calon  yang akan diumumkan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  belum memuaskan hati pihaknya.

“Ini menunjukkan bahawa ini tidak menunjukan cerminan sokongan pimpinan BN terhadap agenda 30 peratus wanita dalam BN Johor.

“Wanita tetap mendesak soal ini dan perlu diperhalusi dengan sebaiknya kerana Wanita BN Johor mempunyai sebahagian besar calon yang berwibawa dan mampu memenangi dan memperkukuhkan peluang BN Johor mendapat majoriti dua pertiga kerusi yang dipertandingkan.

“Berilah peluang wanita Johor untuk membuktikan kemampuan dan ditonjolkan sebagai wakil rakyat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

BN dijangka mengumumkan senarai penuh calon PRN Johor esok dan dijangka akan menampilkan 30 peratus muka baharu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast