KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) tidak mengetahui punca harga saham syarikat yang merosot lebih daripada 15% daripada harga rujukan.

Saham MSM menjunam sebanyak 17.41% atau 19.5 sen kepada 92.5 sen bernilai RM650.26 juta.

Sehubungan itu, MSM meminta Bursa menyiasat situasi bagi melindungi pemegang sahamnya.

Dagangan hari proprietari (PDT) dan jualan pendek antara hari (IDSS) sekuriti MSM telah digantung pada hari ini.

Bursa Malaysia berkata, penggantungan itu dilakukan ekoran kejatuhan harga saham.

“Jualan pendek di bawah PDT dan IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Khamis, 24 Februari 2022 pada 8.30 pagi,” menurut Bursa Malaysia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast