Muhyiddin Yassin

PAGOH – Perikatan Nasional (PN) akan mengetengahkan sebahagian besar muka-muka baharu sebagai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diadakan pada 12 Mac.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya sebilangan kecil daripada calon-calonnya adalah penyandang kerusi sebelum ini.

“Penyandang, tidak semua yang akan dilantik. Calon yang lain itu hampir semuanya muka baharu.

“Ini pertama kali kita menawarkan parti kita untuk bertanding atas nama PN, gabungan tiga parti… harap ini mungkin akan meraih pengundi,” katanya kepada Bernama selepas Majlis Penyerahan Koperasi Felda Lenga kepada Ahli Koperasi di sini hari ini.

Pengumuman calon PN bagi PRN Johor akan dibuat petang ini.

Penamaan calon bagi PRN Johor akan berlangsung Sabtu ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast