Kapten (B) Ismail Jamil berucap semasa pertemuan veteran tentera di bakal calon BN bagi DUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip di Bawang Ngeteh Pot di Segamat hari ini.

SEGAMAT – Biar pun penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kurang beberapa jam sahaja lagi namun rata-rata pengundi sudah mula memasang tekad memilih siapa wakil mereka.

Rata-rata berpendapat mereka akan memilih parti sebagai wadah bukan calon semata-mata.

Bekas pesara tentera, Kapten (B) Ismail Jamil, 55, aspek itu perlu dihayati oleh golongan muda yang bakal menjadi pengundi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

“Jadi, pilihlah parti, jangan lihat calon-calon semata tapi lihatlah parti mana yang boleh memberi kebaikan kepada semua.

“Kalau kita lihat pilih pada calon, calon berpendidikan tinggi sekali pun, kita kena lihat orang yang sering kali turun padang, membantu buat kerja bagi membantu masyarakat, inilah yang kita kena utamakan,” katanya ketika ditemui di ruang Bawang Ngeteh Pot di sini hari ini.

Turut hadir ialah bakal calon BN bagi DUN Buloh Kasap, Datuk Zahari Sarip bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Ismail, selama 61 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah, ramai rakyat negeri itu sudah merasai nikmat berbanding pemerintahan selama 22 bulan Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, rata-rata veteran tentera dari dulu tidak dapat melupakan era pemerintahan BN yang menghargai pengorbanan wira negara.

Barisan ahli veteran ATM Parlimen Segamat dan Parlimen Sekijang memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) di Segamat hari ini.

Sehingga kini lebih 2,300 ahli veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Parlimen Segamat dan Sekijang kekal menyokong kempimpinan BN dan mengharapkan generasi muda juga menghargai perkara yang sama.

“Saya berharap kepada pengundi muda kena tahu betapa susah veteran tentera berkorban pagi, petang, siang dan malam menentukan Malaysia aman dan makmur sehingga hari ini, ingat sejarah lepas banyak mengajar kita.

“Setakat kalau ada calon tapi tidak ada kekuatan, setakat tengok pada calon tapi tak boleh buat apa-apa, nak kerja memang hancur, dia tidak dapat membantu negara,” katanya.

Sementara itu, Maziah Mohd Nazar, 53, pula berkata,  menjadi sebahagian warga veteran tentera menjadikannya terus menyokong arus Gelombang Biru (BN) demi kesejahteraan anak bangsa.

“Selama 53 tahun hidup, setakat ini UMNO membantu golongan kami berbanding parti lain. Buka mata masyarakat semua termasuk anak muda, bersikaplah tegas dan dalam hati tetapkan UMNO dalam pemerintahan supaya Gelombang Biru tetap hidup.

Katanya meski pun calon baharu diperkenalkan pada PRN Johor, mereka wajar diberi peluang  dan sokongan.

“Fikirkan dari sekarang bahawa sejarah yang lepas banyak beri pengajaran dan banyak veteran tentera  terlantar sebelum ini masih diambil berat oleh mereka,” akuinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast