KUALA LUMPUR – Sebanyak 11 sungai di Terengganu dan lima di Kelantan melepasi paras bahaya berikutan hujan berterusan sejak semalam.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web rasminya melaporkan lima sungai yang melepasi paras bahaya di Kelantan adalah Kampung Temangan di Machang setinggi 21.92 meter (m), Rantau Panjang di Pasir Mas setinggi 10.39 m, Sungai Lanas di Air Lanas setinggi 29.75, Sungai Lebir di Kg. Tualang setinggi 42.77 m dan Sungai Golok di Kg. Jenob 26.47 m.

Bagi sungai yang melepasi paras bahaya di Terengganu pula melibatkan Empangan Tembat di Hulu Terengganu setinggi 432.06 m berbanding 432 m, Sungai Besut; Sungai Dungun; Sungai Berang Sungai Telemong.

Selain itu, sungai yang melepasi paras bahaya di Terengganu adalah Sungai Kemaman, Sungai Tebak, Sungai Marang, Sungai Nerus, Sungai Nerus dan Sungai Setiu.

Sementara itu, tujuh sungai di Terengganu iaitu Sungai Dungun, Sungai Kemaman, Sungai Tumpat, Sungai Nerus, Sungai Chalok dan Sungai Setiu kini berada di paras amaran.

Dalam masa yang sama, dua sungai di Kelantan iaitu di Kuala Krai dan Kusiam juga berada di paras amaran.

Sungai yang berada di paras waspada di Kelantan pula adalah Air Bol di Jeli, Kampung Karangan dan Kampung Sungai Nal.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast