Abdul Ghani Salleh

KUALA LUMPUR – Seramai 239 calon yang mewakili pelbagai parti disahkan bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15.

SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 239 Kertas Penamaan yang layak bertanding diterima selepas tempoh penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional masing-masing diwakili oleh 56 calon, Parti Pejuang Tanah Air (42), Pakatan Harapan (30), Parti Keadilan Rakyat (20) dan bebas (16).

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (7), Parti Warisan Sabah (6), Parti Bangsa Malaysia (4), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia dan Parti Sosialis Malaysia masing-masing satu.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, sebanyak dua DUN menyaksikan persaingan tujuh penjuru, empat DUN enam penjuru dan lapan DUN lima penjuru.

Empat penjuru di 35 DUN dan tiga penjuru di tujuh DUN.

Daripada jumlah itu, PRN Johor menyaksikan 202 calon lelaki bertanding berbanding 37 wanita.

Datuk Tosrin Jarvanthi, 71, merupakan calon tertua dalam PRN Johor. Beliau bertanding di Bukit Permai mewakili Perikatan Nasional.

Calon yang termuda untuk PRN kali ini bertanding di DUN Mengkibol (Barisan Nasional) dan Tangkak (Parti Pejuang Tanah Air), masing-masing berusia 26 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast