Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sebagai medan menguji pasaran bagi pelbagai parti politik baharu.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kesemua mereka itu hadir tanpa ‘projek’ konkrit untuk Johor.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, PRN Johor bukan medan ujian, juga bukan arena untuk mengukur penerimaan dan kebolehpasaran parti politik.

Sebaliknya, PRN Johor adalah landasan untuk membina masa depan.

Oleh itu, tanpa agenda yang konkrit, kehadiran mereka sekadar memeriahkan demokrasi.

Sedangkan, demokrasi tidak memerlukan kemeriahan sedemikan.

Ini kerana demokrasi adalah sistem yang memerlukan kerapian strategi, penonjolan projek politik meyakinkan dan pembaharuan sistematik.

Sehubungan itu, nasihat beliau kepada rakyat Johor, pilihlah agenda dan projek politik yang konkrit, bukan sekadar usia dan jenama yang ‘sexy’.

”Johor tidak memerlukan jenama yang ‘sexy’ seperti Johor Bangkit atau Reset Johor atau pelbagai lagi. Apalagi dipisahkan antara aspirasi muda atau yang tua.

”Jangan terpedaya dengan janji sekadar halwa telinga. Ramai yang masih ingat bagaimana PH hadir dengan ‘projek Malaysia Baru’. Setelah 22 bulan, ia jadi projek politik yang gagal,” ujarnya.

Sebaliknya, Malaysia memerlukan aspirasi bersama di sertakan dengan ‘consolidated strategy’ yang boleh menjadikan ia lebih baik, sesuai landasan yang telah dibina.

Aspirasi yang mengumpulkan yang muda dan tua, yang kaya dan miskin, yang pelbagai bangsa dan agama yang mana semuanya bersama demi sebuah kestabilan dan menjayakan Johor yang lebih baik.

”Yang pasti BN punya ramuan dan pengalaman untuk Johor yang lebih baik. Insya Alah Johor lebih baik hanya dengan BN,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast