Calon Barisan Nasional (BN) N.08 Bukit Pasir, Mohamad Fadzli Mohamad Salleh (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian jentera pada Program Memperkenalkan Calon Dun Bukit Pasir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di PDM Kampung Sungai Raya, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 DISEMBER 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.08 Bukit Pasir, Mohamad Fadzli Mohamad Salleh (tengah) bergambar kenangan dengan sebahagian jentera pada Program Memperkenalkan Calon Dun Bukit Pasir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di PDM Kampung Sungai Raya, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 DISEMBER 2022.

PAGOH – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir Mohamad Fadzli Mohamad Salleh tidak gentar dengan pertembungan enam penjuru di kawasan tersebut.

Bekas jurutera Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu berkata, pertembungan tersebut nyata tidak memberikam kesan kepada BN dan hanya memecahbelahkan Perikatan Nasional (PN).

“Apabila enam penjuru akan berlaku pepecahan undi dan sebagai penyandang pasti beliau (Kapten (B) Najib Lep yang bertanding atas tiket bebas) ada strategi sendiri cuma dari segi BN kita tidak nampak itu akan beri kesan kepada kita kerana itu adalah perpecahan parti dia.

“Itu antara Pas dan PN, jadi saya tidak nampak kesan ketara kepada BN,” katanya ketika ditemui dalam program memperkenalkan calon DUN Bukit Pasir, semalam.

Temubual bersama calon Barisan Nasional (BN) N.08 Bukit Pasir, Mohamad Fadzli Mohamad Salleh pada Program Memperkenalkan Calon Dun Bukit Pasir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di PDM Kampung Sungai Raya, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 DISEMBER 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.08 Bukit Pasir, Mohamad Fadzli Mohamad Salleh pada Program Memperkenalkan Calon Dun Bukit Pasir sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di PDM Kampung Sungai Raya, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 DISEMBER 2022.

Biarpun calon muka baharu, Mohamad Fadzli jelas mempunyai visi terhadap kawasan ini dengan mengemukakan tiga tawaran kepada pengundi Bukit Pasir.

Antaranya mewujudkan peluang pekerjaan dan perumahan mampu milik kepada penduduk Bukit Pasir.

“Saya sudah fokuskan kepada tiga perkara iaitu peluang pekerjaan, pendidikan dan perumahan mampu milik. Ini tiga isu yang kita akan bangkitkan dan tawaran.

“Antaranya perumahan mampu milik yang kita rancang dahulu tapi tergendala ekoran pertukaran kerajaan.

“Pendidikan terutama sekali kepada masyarakat kampung dan kita tidak mahu terlepas pendidikan sebab DUN Bukit Pasir ini akan ada hub pendidikan tinggi dan kita tidak mahu orang kampung ketinggalan disitu.

“Apabila bangunnya hub pendidikan dan HSR di mana BN akan teruskan. Kita nampak banyak peluang pekerjaan yang boleh kita tawarkan kepada penduduk Bukit Pasir,” katanya.

Mohamad Fadzli berdepan lima lagi pencabar antaranya Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN), Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang) dan dua calon Bebas, Johar Siraj dan Kapten (B) Najib Lep yang merupakan bekas ADUN Bukit Pasir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast