KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Datuk Aishah, 57, terus diduga apabila dia dijangkiti Covid-19 kali kedua selepas enam bulan bebas wabak itu.
Penyanyi Janji Manismu itu berkongsi beliau positif buat kali kedua namun reda dengan apa yang terjadi meskipun berhasrat untuk menyambut hari raya dalam keadaan sihat tahun ini.
“Ish Covid-19 ni ikut saya balik. Covid-19 ni peminat Janji Manismu ke? Tak apa, mungkin Allah SWT suruh saya berehat lagi.
“Doakan saya ya termasuk semua orang yang sedang mengharungi Covid-19 untuk kembali sihat dan sembuh. Saya memang teringin nak sambut hari raya, tapi dah kena (Covid-19) balik.
Berkongsi pada hantaran berbeza, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Ariffin berpendapan, simptom kurang sihat yang dialaminya itu adalah akibat kesan suntikan dos penggalak jenis Pfizer yang diambil baru-baru ini. – MalaysiaGazette