Mayat mangsa, Liaw Guan @ Liew Kuan Yik, 73 tahun ditemui pasukan bomba di Pogoh, Segamat.

SEGAMAT – Mayat seorang lelaki warga emas dipercayai lemas ditemui dalam kolam ikan milik mangsa di Kampung Kenawar, Pogoh, kekira-kira dua setengah jam selepas disedari hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PPgB) Marzuki Ismail berkata, mangsa, Liaw Guan @ Liew Kuan Yik, 73, ditemui pasukan bomba pada jam 11.20 pagi tadi selepas dilaporkan hilang oleh keluarganya.

“Pihak bomba menerima panggilan pada jam 10.57 pagi dan seramai 11 anggota bomba bersama sebuah satu jentera serta kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)  ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan bantuan penduduk kampung di lokasi terakhir mangsa dilaporkan tergelincir,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Difahamkan mayat mangsa ditemui di dasar kolam dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat untuk proses bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast