KYIV – Sekumpulan anggota tentera Ukraine yang disanjung sebagai hero pada minggu lalu – yang dianggap telah mati kerana mencarut ketika tentera Rusia melakukan pencerobohan – masih hidup dan dalam keadaan sihat, kata para pegawai Ukraine.
Seramai 13 pengawal sempadan Ukraine yang mempertahankan sebuah pulau terpencil di Laut hitam, Pulau Ular setelah sebuah kapal perang Rusia menghampiri kawasan tersebut dan meminta mereka menyerah diri.
Presiden Ukraine, Volodmyr Zelenskyy berkata, mereka akan menerima pingat ‘Hero of Ukraine’ kerana memberitahu ‘go —– yourself ‘ kepada tentera Rusia.
Semalam, Tentera Laut Ukraine berkata, mereka ‘sangat gembira apabila mendapati anggotanya masih hidup dan berada dalam keadaan sihat’.
Bagaimanapun, anggota tenetra itu kini menjadi tahanan Rusia.
“Mereka ditahan secara haram oleh Rusia.
“Kami meminta Rusia membebaskan warga Ukraine yang ditawan secara tidak sah dengan segera,” kata tentera laut dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook seperti dipetik UPI.
Para pegawai Ukraine berkata, anggota misi kemanusiaan telah dihantar ke pulau tersebut.