Trak pikap dihiasi lampu LED digunakan oleh calon BN bagi DUN Bekok, Tan Chong mendekati penduduk Labis, Segamat.

SEGAMAT – Kemeriahan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menarik perhatian ramai  apabila pelbagai inisiatif diambil oleh calon-calonnya bagi menyampaikan mesej kepada bakal pengundi.

Antara cara yang digunapakai oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekok, Tan Chong ialah menghiasi kenderaan kempennya dengan hiasan lampu LED berwarna biru.

Tan Chong, calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN N.06 Bekok

Menurut Tan Chong, hiasan lampu biru mampu menarik perhatian penduduk Labis ketika beliau berkempen pada waktu malam sekali gus memberi isyarat pasukannya turun padang untuk berkempen.

Jelas beliau, idea untuk memasang lampu LED menghias kereta Hilux dicetuskan oleh anak lelaki sulungnya sejak berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan diteruskan dalam PRN Johor kali ini.

“Selain edaran pelitup muka, poster, bendera, kaedah ini boleh mendekati semula lapisan masyarakat dan boleh masuk kawasan pedalaman seperti kampung Orang Asli.

“Anak saya memberi idea untuk menghias kereta berlampu selain menampal poster dan meletakkan dua pembesar suara di bahagian belakang hilux.

“Sejak tercalon pada tahun 2018 dulu sehingga ini kaedah  untuk berkempen nampak lebih unik dan lain dari lain,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Anaknya. Tan Sheng Gou, 26, pula berkata, hiasan dengan dengan kos perbelanjaan RM1,000 itu dianggapnya berbaloi dan menempah khas dari kedai aksesori sebagai sokongan kepada bapanya berkempen.

“Lagi pun anak muda suka kereta warna warni, jadi bila letak lampu warna biru, penduduk akan mudah nampak terutama pada waktu malam,” ujarnya.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati  selain daripada pembesar suara, empat batang bendera BN berkibar di ruang kargo trak pikap itu memeriahkan suasana kempen dengan stiker gergasi terpapar gambar calon.

Tan Chong bertading kali ketiga di DUN Bekok merupakan anak tempatan akan bertemu empat penjuru melawan Tan Lek Khang (Perikatan Nasional); M. Kanan (Pakatan Harapan) dan Sandra Segaran Aramugan (Warisan). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast