Calon BN DUN Paloh, Lee Ting Han.

SEMBRONG – Pengundi tidak akan tertipu atau keliru lagi dengan fakta dongeng pembangkang semata-mata untuk meraih undi di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ini kerana kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh, Lee Ting Han, fakta sebenar telah menjelaskan dan membuktikan segalanya.

Contoh yang diberikan oleh Ting Han termasuk perbezaan besar harga sawit ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah dan semasa diterajui BN.

“Fakta jelaskan segalanya. Harga minyak sawit pada zaman PH adalah pada tahap yang rendah tanpa harapan iaitu serendah RM270 satu tan.

“Berapa harga minyak sawit sekarang? Melebihi RM1,100 satu tan dan kian meningkat lagi kerana BN kembali perintah.

“Inilah rekod cemerlang kerajaan BN yang sentiasa mengutamakan rakyat bukan untuk kuasa undi pada PRN ini sebaliknya untuk puluhan tahun.

“Kita tidak hadir untuk musim-musim tertentu sebaliknya untuk sekian lama BN masih setia bersama rakyat, fokus untuk berkhidmat dan menjaga kebajikan anda,” katanya kepada MalaysiaGazette di Kampung Mubibah di sini baru-baru ini.

Untuk makluman, Ting Han berdepan penyandang kerusi, Sheikh Umar Bagharib daripada PH, selain V Selvendran daripada Perikatan Nasional (PN) dan Aminuddin Johari yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor telah menang dengan majoriti 783 undi.

DUN Paloh mempunyai komposisi pengundi terdiri 47 peratus Melayu, Cina (37 peratus), India (15 peratus) dan satu peratus lain-lain kaum.

Kata Ting Han lagi, hakikatnya slogan undi BN untuk memstabilkan masa depan bukan retorik sebaliknya satu kebenaran hakiki.

“BN akan terus melaksanakan pembangunan ekonomi, kestabilan politik serta kemakmuran untuk kita semua. Bukan sahaja di bumi Johor ini tetapi untuk keseluruhannya.

“Undilah Barisan Nasional, undilah saya Lee Ting Han selaku calon nombor tiga BN bagi DUN Paloh, bagi menjamin kestabilan masa depan dan keselesaan kehidupan dapat diteruskan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. BARU JADI CALON B END di PALOH sudah MENIPU…..harga SAWIT CECAH RM 1100 setan semasa PN dibawah Dato DR KHAIRUDIN..sebagai Menteri Perdagangan KOMIDITI…..
    JANGAN JADI LEMBU PUNYA SUSU…SAPI DAPAT NAMA…..
    kami warga FELDA DITIPU B end dan umNOGOK dalam saham FGV…..ISA SAMAD NAJIB ZAHID dan konco BARUA2 boleh tidor lena dan makan kekenyangan berbanding kami kelaparan dan dikelilingi hutang

Comments are closed.