ROM – Harga makanan dunia mencapai tahap tertinggi dalam sejarah 61 tahun Indeks Harga Makanan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, didorong isu-isu rantaian bekalan lebih tinggi dan krisis Ukraine.
Purata indeks bulanan yang dikeluarkan FAO sebanyak140.7 mata pada bulan Februari, 3.9 peratus lebih tinggi daripada Januari, 24.1 peratus lebih tinggi daripada Februari 2021 dan 2.0 peratus melebihi paras tertinggi sebelumnya yang ditetapkan pada Februari 2011.
Indeks itu, yang mengukur harga sejak 1961, menggunakan purata harga antara 2014 dan 2016 sebagai nilai 100.
Ia diselaraskan untuk inflasi.
Empat daripada lima subkategori dalam indeks meningkat dengan indeks untuk bijirin – komponen terbesar dalam indeks — meningkat 3.0 peratus, dengan harga gandum lebih tinggi didorong oleh kebimbangan tentang bekalan memandangkan kedua-dua Rusia dan Ukraine adalah pengeksport gandum utama.
Sub-indeks lain meningkat lebih banyak, dengan harga minyak sayuran naik 8.5 peratus berbanding bulan sebelumnya dan harga tenusu melonjak 6.4 peratus.
Harga daging juga meningkat sederhana1.1 peratus sederhana.
Bagaimanapun harga gula jatuh – susut 1.9 peratus, penurunan kali ketiga berturut-turut disebabkan prospek pengeluaran yang kukuh di India, Thailand dan Brazil mendorong harga komoditi itu kekal rendah.
Indeks Harga Makanan FAO bulanan adalah berdasarkan harga seluruh dunia untuk 23 kategori komoditi makanan meliputi harga untuk 73 produk berbeza berbanding tahun asas.
Indeks seterusnya dijadualkan dikeluarkan pada 7 April. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/20220305/b2c35916bda64a1eae6eb9c08b880c7b/c.html)