Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melambai tangan kearah penduduk semasa hadir pada Program Jom Bersama Bossku sempena Pilihan Raya Negeri Johor ke-15 di Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor. Foto AFFAN FAUZI, 24 FEBRUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu menyalahkan kepimpinan masing-masing jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar daripada rakyat Johor pada 12 Mac ini.

Ini kerana, PN dan PH didakwa sudah tersilap strategi apabila berterusan membunuh karakter Datuk Seri Najib Razak dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) dan pilihan raya negeri termasuk di Johor.

Dalam strategi membunuh karakter, biasannya sasaran adalah individu yang rapuh tetapi Najib memiliki karakter kukuh apabila beliau dapat bertindak balas dengan fakta terhadap kenyataan-kenyataan yang dilemparkan.

Selain, tidak ada pihak yang boleh menafikan Najib cukup menonjol di media-media sosial.

Dr Azmi Hassan

Oleh sebab itu, penganalisis politik dan geostrategis, Dr Azmi Hassan berkata, PN dan PH sudah tersilap strategi lagi apabila menjadikan Najib sasaran utama melalui pembunuhan karakter sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang tinggal tiga hari berbaki.

“Kesilapan awal sudah berlaku semasa PH menjadi kerajaan 22 bulan yang mana ketika itu rakyat mahu seorang perdana menteri yang bagus tetapi PH gagal dan ketika itulah aura Najib terserlah.

“Rakyat sekali lagi kecewa ketika negara di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hasrat rakyat untuk merasai semula era pentadbiran Najib (tidak semestinya mahu Najib menjadi perdana menteri) tidak dapat dilunaskan oleh Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu,” jelas beliau kepada MalaysiaGazette.

Sebab itu, walaupun menteri-menteri PN yang dibawa turun berkempen dalam PRN Johor, termasuk Muhyiddin namun masih tidak berdaya mengatasi sambutan yang diterima oleh Najib.

“Pada pandangan saya, tidak ada individu dalam kepimpinan PN dan PH yang boleh mengganti aura Najib ketika ini,” katanya.

Najib  Razak diiringi calon Barisan Nasional (BN) N.14 Bukit Naning, Datuk Mohd Fuad Tukirin (dua kanan) dan calon Barisan Nasional (BN) N.12 Bentayan, Gan Q’i Ru (kanan) beramah mesra dengan penduduk cina bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Medan Selera 568, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 09 MAC 2022.

Azmi berkata, kalau dilihat sambutan kempen sepanjang 11 hari lalu, BN memang mendahului parti-parti lain dan daya tarikan Najib memang tidak boleh disangkal.

Respons yang diterima Najib menunjukkan beliau diangkat sebagai ikon politik tanahair.

“Jadi tidak hairanlah walaupun pelbagai cercaan dan hinaan yang diterima Najib, rakyat menerima, menyokongnya dengan baik. Satu lagi kelebihan Najib ialah beliau bercakap dan berhujah dengan fakta dan rasional,” hujah Azmi.

Najib bukan sahaja diterima baik dalam kalangan pengundi Melayu tetapi pengundi-pengundi Cina, buktinya sokongan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling cukup hebat.

Sambutan itu boleh dikatakan luar biasa kerana DUN Perling adalah kubu kuat DAP dan pemimpin parti itu sendiri tidak dapat sokongan seperti diterima Najib.

“Sebagai pemerhati, pada pandangan saya PN dan PH perlu menyalahkan kepimpinan masing-masing jika BN menang dalam PRN Johor kerana kesilapan strategi mereka yang tidak cukup taktikal,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Itu lah kesan ilmu isteri dia melimpah pada laki dia hingga orang lain terpukau sebagaimana terpukau nya laki pada bininya . Tak nampak kesalahan tak nampak keburukan semua khayal mabuk rindu dendam berpanjangan .
    Sebelum dia pergi ambil lah ilmu ini supaya tidak hilang ditelan zaman .

Comments are closed.