Lim Tong Hai mahu Datuk Hasni Mohamad kembali menerajui sebagai Menteri Besar.

AYER HITAM – “Datuk Hasni tidak cakap banyak-banyak dan bukan-bukan tapi kuat kerja. Baguslah kalau beliau dapat jadi balik menteri besar”.

Itu antara luahan penduduk di Kg Baru Ayer Hitam, Lim Tong Hai kepada MalaysiaGazette ketika ditanya siapa menteri pilihannya jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat pengundi-pengundi Johor.

Tong mengakui masyarakat Cina hanya mahu  ekonomi negara dapat di uruskan oleh seorang pemimpin yang cekap dan mengotakan setiap janji dibuat kepada rakyat.

Dia yang sudah menetap di sini sejak lahir lagi berkata, Hasni menjadi pilihannya dan keluarga kerana Hasni seorang pemimpin yang bekerja keras, selain mengotakan janji-janjinya.

“Isu-isu lain, selain isu rakyat dia tak peduli. Sebab itu Menteri Besar sekarang baik sekali,” tambahnya.

“Tapi yang ini, Hasni Mohamad memang nampak kuat bekerja, selalu keluar televisyen, suratkhabar buat itu dan buat ini. Kita semua nampak dia kuat kerja. Sayarasa orang Cina juga harap dia jadi menteri besar lepas inilah,” katanya.

Tong Hai atau nama tempatan ‘Ah Hai’ itu juga mendakwa ketika pembangkang menang besar sehingga berjaya menjadi Kerajaan Persekutuan, semua janji tidak ditepati, malah kelibat pemimpin tempatan juga tidak nampak.

Tetapi, pada hari ini mereka datang lagi minta undi.

“Semua sudah muak dan bosan, kita tengoklah lepas ini. Walaupun Barisan Nasional (BN) kalah pada PRU14 tetapi pemimpin tempatan tidak pernah berhenti datang tolong walaupun ada yang tidak undi. Baguslah begitu, kita pun tahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Chew Kia Tin yang juga senada dengan Tong Hai berkata, sebagai Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad lebih gemar bekerja daripada ‘cakap banyak’.

“Beliau ok kerja, tidak suka-suka cerita banyak tidak guna. Nampak ok, kerja ok. Kalau dia jadi lagi menteri besar, kita pun ok. Cina pun suka dia.

“Beliau pandai jaga semua orang, itu paling mustahak,” ujarnya.

Peniaga kedai kopi, Chew Kia Tin

Ada juga penduduk yang tidak mahu gambar mereka dirakamkan ketika ditemuramah memberitahu MalaysiaGazette, masyarakat Cina sudah tidak mahu lagi mendengar cerita pemimpin rasuah itu berulang kali.

Sebaliknya mahu melihat komitmen wakil rakyat yang dipilih.

Seorang wanita Cina juga enggan mendedahkan identitinya kerana bimbang diganggu penyokong parti tertentu yang tidak senang jika menyokong atau memuji BN berkata: “Kamu sendiri tengok kempen-kempen terutamanya DAP, ramai sudah tidak mahu pergi lagi.

”Asyik-asyik cakap pasal pemimpin curi itu ini. Cakap rasuah tapi kalau kamu tengok ada emimpin pembangkang juga ada kes. Tapi jika cakap, mereka kata itu tipu.

“Kita tidak mahu semua itu, kita mahu kehidupan kita jadi lebih baik. Kami semua sangat susah, berniaga pun susah lagi bila Covid-19,” ujarnya yang juga anak tempatan di sini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast