Kamarul Zaman Mamat

BATU PAHAT – Sebanyak 140 aduan diterima polis kontinjen Johor berhubung salah laku sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah itu sebanyak 37 kertas siasatan telah dibuka sehingga semalam.

Katanya, kes paling tinggi disiasat adalah berkaitan khianat ke atas poster parti politik dengan sebanyak 13 kertas siasatan dibuka berhubung aduan tersebut.

“Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaaan.

“Kesalahan-kesalahan lain yang kami terima adalah berkaitan kes curi bendera parti, khianat dengan api, posting di Facebook yang melibatkan kemarahan awam, kes pukul libatkan petugas parti politik, posting di Facebook berbaur lucah dan perbuatan mengembang perasaan jahat atau permusuhan.

“Perkara lain yang turut disiasat iaitu kesalahan tiada permit ceramah dan pelanggaran Prosedur Operasi StandardMajlis Keselamatan Negara, berkempen tanpa mematuhi batasa serta penggunaan rakaman video berunsur provokasi politik di media sosial dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan amanat kepada pegawai dan anggota polis sempena PRN Johor, di Dewan Konvokesyen UTHM di sini, hari ini.

Dalam pada itu Kamarul memaklumkan, pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 17 lokasi panas (hotspot) yang menjadi tumpuan pada PRN kali ini.

Tanpa memaklumkan kawasan hotspot itu Kamarul berkata, ia mangambuil kira sentimen persaingan politik, isu perkauman, jenayah kongsi gelap, pertaruhan serta pelbagai aktiviti jenayah termasuk individu yang mempunyai rekod lampau.

Bagi tujuan itu katanya, sebanyak 112 pasukan cantas dengan kekuatan 448 pegawai dan anggota telah diatur di seluruh kawasan bagi menjaga keselamatan serta menjalankan risikan dalam memastikan kelancaran semasa proses pengundian esok.

“Nasihat saya bagi yang mengundi esok, tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi.

‘Pihak polis akan menjamin keselamatan rakyat sepanjang proses pengundian. Begitu juga dengan calon yang bertanding mestilah mengikut SOP yang telah ditetapkan dan boleh berkempen sehingga jam 12 malam ini sahaja,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast