PENGERANG – Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi N39 Tanjung Surat, Aznan Tamin hampir bergelar Yang Berhormat selepas berjaya meninggalkan tiga pencabarnya dengan majoriti 3,751 undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.
Setakat jam 10.11 malam ini, Aznan memperoleh 6,091 undi daripada 35 peti undi yang diterima pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Taman Bayu Damai, di sini.
Manakala tiga pencabarnya, Cikgu Selamat Ujud daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 2,340 undi, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rosman Tahir (529) dan calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Samat Atan dengan 76 undi sahaja.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mac 2018, Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat dimenangi calon BN, Datuk Syed Sis Syed Abdul Rahman dengan majoriti 4,522 undi.
Syed Sis yang memperoleh 9,614 undi menewaskan pencabarnya daripada PKR, Zamil Najwah Arbain dengan 5,092 undi dengan pertandingan dua penjuru. – MalaysiaGazette