foto nike.com

LONDON: Banyak kedai Nike di seluruh Rusia masih dibuka setakat pada petang Jumaat, menurut semakan yang dibuat oleh Reuters, lebih seminggu selepas peruncit sukan terbesar dunia itu memaklumkan akan menutup sementara semua kedainya di negara itu.

Nike yang berpangkalan di Beaverton, Oregon berkata, kedai yang dibuka dimiliki dan dikendalikan bersama rakan kongsi bebas, dan ia akan mengemas kini pengesan kedainya dalam talian tidak lama lagi untuk mencerminkan kedai milik dan kendalian Nike yang ditutup.

Salah satu daripada enam kedai Moscow yang dihubungi Reuters melalui telefon, seorang pekerja berkata: “Kami belum mempunyai maklumat lagi, tetapi saya fikir kedai itu akan dibuka sekurang-kurangnya selama sebulan.”

Pada 3 Mac, Nike memaklumkan akan menangguhkan operasi di semua kedainya di Rusia, menyertai beberapa jenama Barat yang berbuat demikian susulan pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Nike mempunyai kira-kira 100 kedai di Rusia, menurut direktori kedai di laman webnya, yang menunjukkan kesemuanya “terbuka” (beroperasi).

Seorang pekerja Nike di pejabat korporat peruncit di Rusia memberitahu Reuters banyak kedainya masih dibuka.

Bagaimanapun, katanya, kedai kilang Nike telah ditutup buat sementara waktu. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast