Muhamad Zulfakrulrdzy Mazlan
Muhamad Zulfakrulrdzy Mazlan

MUAR – Lensa MalaysiaGazette hari ini sempat merakam gelagat pengundi-pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Paling menarik perhatian pengundi berusia 19 tahun, Muhamad Zulfakrulrdzy Mazlan.

Gelagat Muhamad Zulfakrulrdzy dapat dilihat ketika beliau mendapat kertas undi dan kelihatan agak kabur mengenai proses pengundian diadakan.

“Saya mula ingat kita kena cop jari dekat kertas undi, saya tak tahu cara untuk mengundi. Lepas itu orang SPR kata cuma pangkah kertas undi sahaja.

“Saya mahu undi lagi lepas ini,” katanya ketika gelagat beliau mengundi kali pertama dirakam MalaysiaGazette.

Ditanya mengenai perasaan beliau yang kali pertama memangkah undi, Muhamad Zulfakrulrdzy berkata dirinya gementar dan takut dalam masa yang sama.

“Gementar dan rasa berdebar pertama kali undi. Saya agak takut sebab tak pernah undi,” katanya lagi.

Syarizan Aziz
Syarizan Aziz

Turut berkongsi pengalaman sama, Syarizan Aziz, 22 yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Jorak.

Menurut Syarizan, rasa berdebar dan gemuruh mula dirasai apabila melangkah masuk ke pusat pengundian sebentar tadi.

“Rasa gemuruh sebab fikr takut salah undi, jadi fikir tengok dengan kotak undi kena pangkah.

“Berdasarkan kepada calon yang kita tengok, masing-masing ada kebolehan masing-masing dan kita berharap sesiapa yang bakal menang nanti bakal memimpin dengan baik,” katanya.

Ikhmal Hijjaz
Ikhmal Hijjaz

Ikhmal Hijjaz, 25 yang juga pengundi pertama kali berharap agar beliau tidak merosakkan kertas undinya.

Malah pemuda dari Jorak itu juga teruja menjadi antara pengundi pertama kali di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir.

“Semua berjalan lancar dan sistematik, tidak ada masalah. Saya teruja sebab kali pertama keluar mengundi untuk tentukan mana yang memimpin kita pada masa yang akan datang.

“Yakin undi saya tidak rosak,” katanya lagi.

Untuk rekod, PRN Johor kali ini akan menyaksikan pertambahan signifikan jumlah pengundi baharu sebanyak 30 peratus, iaitu 749,731 pengundi hasil pelaksanaan Undi18.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast