ACP Sarifudin Mohd Salleh

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut apabila motosikal dinaikinya dilanggar pemandu mabuk di Jalan Kuching dari arah Jalan Kinabalu ke Selayang, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 1.10 pagi melibatkan motosikal Demak EX90 dan Perodua Myvi.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa berusia 40 tahun telah terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tembok penghadang jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta berusia 32 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan,”

Sarifudin berkata, pemandu terbabit telah ditangkap dan ditahan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan kematian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast