Calon BN DUN Layang-Layang, Datuk Ab Mutalip Abd Rahim

SIMPANG RENGGAM – Tindakan Maszlee Malik yang meminta peguamnya membuat laporan polis serta mengemukakan bantahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menutup pusat pengundian lebih awal adalah sia-sia.

Menurut calon Barisan Nasional (BN) Layang-Layang, Abd Datuk Mutalip Ab Rahim, pihaknya telah melakukan semakan berhubung dakwaan itu dan mendapati tiga pusat undi sememangnya telah diwartakan ditutup awal.

Ini kerana kata Abd Mutalip, pusat undi itu mempunyai jumlah pengundi antara 100 hingga 180 sahaja.

Pusat undian itu ialah Semborong dan Southern Malay yang ditutup pada 2 petang manakala Ladang Tun Dr Ismail pula di tutup pada jam 4 petang.

“Manakala 11 lagi PDM tutup seperti biasa iaitu 6 petang.

“Pada saya perbuatan Maszlee mengarahkan peguamnya membuat laporan dan kemukakan bantahan sebenarnya sia-sia. Sudah di warta awal-awal,” ujarnya ringkas kepada MalaysiaGazette.

Maszlee juga adalah calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N27 Layang-Layang. – MalaysiaGazette

Maszlee arah peguam lapor polis SPR tutup pusat undi awal

Maszlee mengarahkan peguam membuat laporan polis selepas tular di media sosial seorang wanita yang berang di hadapan sebuah pusat pengundian kerana tidak dapat masuk untuk mengundi.

Dalam video berdurasi 45 saat dan telah diedit tersebut kedengaran wanita berkenaan berkata, dia tidak pernah mendengar berita bahawa ada pusat mengundi akan ditutup sebelum pukul 5 petang.

“Ada berita tak? Cuma ditulis digalakkan tidak pernah ditulis pusat pengundi akan ditutup pukul 2.00.

Senarai sekolah yang akan ditutup pukul 5.00. Ada orang kerja sampai pukul 3.00 petang. Mereka cuci pinggan. Mereka tak tahu. Mereka tak ada telefon nak tengok. Bagaimana hak mereka sebagai pengundi?” katanya. – MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Mazli tak payah lah nak buang masa . Kalau dah kalah tu terima je lah dengan hati terbuka

Comments are closed.